Akui Masa Bersama Isteri Cepat Berlalu, Ahya Rosli Kata “Itulah Hakikat Sebuah Percintaan”. Sayang Sampai Akhir Hayat!

Share

Model Ahya Rosli mengakui bahawa setiap perhubungan rumah tangga pasti akan melalui detik masa yang begitu pantas.

Katanya, tatkala setiap pasangan gembira, pasti masa akan ‘mencemburui’.

“Bila kita happy , masa tu rasa cepat berlalu . Coba bila kita tengah menunggu , seminit pun rasa lama kan . Tapi itulah hakikat sebuah percintaan. I love u babyyyyy. Always. You’re the best wife, Shahirah,” tulisnya.

Terdahulu, Ahya dan isterinya, Shahirah Sanusi bernikah pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Ahya atau Ahya Ulumuddin Rosli,32, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan sebentuk cincin kepada Shahirah, 27 tahun.

Ahya juga memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada isterinya.

Foto : Instagram Ahya Rosli

IKLAN