“Saya Terima, Kita Move On…,” – Akui Bodoh Percaya Cakap Jantan, Zarina Anjoulie 2 Kali Minta Maaf Pada Ifa Raziah

Share

Penyanyi, Ifa Raziah berkongsi DM pelakon, Zarina Anjoulie yang diberikan kepadanya atas dakwaan yang dibuat pelakon berkenaan baru-baru ini.

Teks peribadi tersebut menunjukkan aktres itu meminta maaf atas ketelanjuran kata-katanya.

Dalam ucapan maaf tersebut juga dilihat Zarina yang mesra dipanggil Anju berkali-kali meminta maaf kepada penyanyi Ser Ser Ser itu.

“As salam n hi kak Ifa Raziah, saya Zarina Anjoulie memohon maaf di atas segala tindakan dan tingkah laku yang sangat kurang menyenangkan.

“Saya dengan rendah hati sekali lagi memohon maaf sebab mengaitkan Kak Ifa dengan hal semalam. I wish nothing but peace, InsyaALLAH.

“It will never ever happened again. After this saya akan lebih berhati-hati dengan setiap apa yang saya perkatakan. Again I’m sorry dear Kak Ifa Raziah.

“Anju yang bodoh percaya cakap jantan. For that Anju minta maaf sebab I should have asked you personally first,” tulisnya.

Susulan itu, Ifa mengatakan bahawa semua isu telah diselesaikan dengan baik.

“Salam, saya ni seorang yg simple. Tak banyak kerenah, boleh toleransi & senang memaafkan org. Siapa yg betul2 kenal saya, tau perangai saya mcm mana.

“Saya tak suka bergaduh dgn orang kecuali orang tu kacau saya. Org buat mcm2 kat saya, tapi kalau org tu minta maaf, saya akan cool down.

“Saya boleh terima & saya boleh berkawan semula dgn mereka. Tapi jangan buat kali kedua. Contoh mcm bapok2 lakhanat tu, Saya bukan gila glamour, sikit2 nak buat PC, sikit2 PC.

“Ok…Zarina pun dah 2 kali minta maaf dgn saya, saya TERIMA, kita MOVE ON with our lives. Hidup saya bukan utk judge orang.

“Bukan untuk membetulkan hidup orang lain…kita tak perlu nak minta orang lain jadi mcm kita. Masing2 ada akal, pandai2 lah kita nak hidup mcm mana.

“Kita uruskan kehidupan kita sebaik mungkin, sudah. Si Hakim pun satu…nama je HAKIM, otak tak mcm Hakim.

“Nak tipu org pun jgn la petik nama yg org kenal. Dunia ni kecik la, satu klik je, satu dunia boleh tau. Minat sangat dgn Ifa Raziah ke??? Wowww!!! Hot sgt ke I ni???,” tulisnya di Instgaram.

Sebelum ini, Ifa meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh menjadi punca hubungan dengan bekas teman lelaki Zarina Anjoulie itu renggang.

Bagaimanapun Ifa menegaskan bahawa dia tidak kenal akan jejaka yang dimaksudkan pelakon itu.

Kenyataaan Ifa turut dikongsikan di Instagram.

Foto/Instgaram: Ifa Raziah & Zarina Anjoulie

IKLAN