“Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah,” – PU Abu Komen Nama Panjang Anak

Share

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang juga merupakan bekas suami kepada Ain ‘Afini Latif ada mendedahkan wajah anak sulungnya.

PU Abu memuat naik foto wajah bayinya itu menerusi entri Instagramnya yang dikemas kini.

Menerusi kapsyennya, PU Abu secara seloroh ada berkongsi mengenai anakya yang comel dan pada masa sama mempunyai nama yang panjang.

“Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan. Dahlah comel,nama panjang plak tu. Aku tak tahu mcmmana Tok Qadhi nak sebut nama dia nanti time nikah,” tulisnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, kecoh apabila PU Abu bertindak menceraikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirikan rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Kemelut yang berlaku sekali gus mengundang rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

Foto: Instagram PU Abu

IKLAN