Syawal seringkali disambut meriah saban tahun diserikan lagi dengan pelbagai juadah dan aneka kuih-muih…memang seronoklah!

Namun begitu, semalam penyanyi, Noh Salleh ada memuat naik foto di Instagram yang turut melahirkan rasa sedih di hati netizen.

“Aku tak ready siot, aku happy-happy pagi raya pertama, diorang jangan hancur berderai weh,”tulisnya.

Rupa-rupanya, Noh berkongsi mengenai salah seorang mangsa pengeboman di Syria di pagi raya lalu.

IKLAN

“Ini adalah Muhammad dari Syria yang lengkap berpakaian baru sempena menyambut Aidilfitri.

 

“Dia terbunuh pagi tadi kerana serangan udara oleh angkatan regim Syria, dia meninggal dunia semasa memakai baju barunya,”tulisnya lagi.

ALLAHU…sangat membuka mata perkongsian Noh ini, di saat kita sedanf bergembira menyambut Syawal, ada saudara Islam kita yang berada dalam kesusahan.

IKLAN

Susulan itu, menjengah di ruangan komen, ramai netizen turut melahirkan rasa simpati terhadap insiden tersebut.

IKLAN

RoselaIsmail: Dia ke syurga dengan baju rayanya. Allahuakbar, anak syurga. 

 

Hadiogram: Thanks Noh for the continous reminder. 

 

ibemaja: Jika aku tengok gambar anak-anak terkorban dalam peperangan ini, dunia tiada apa-apapun. Kebahagian, kesenangan dan kesedihan tu hanya pemanis je, sebab kehidupan adalah tempat kembali kita semua hanya di akhirat kelak. Kau adalah anak syurga nak! Kita yang dewasa ini moga dapat kebahagian seperti kau juga. 

Apa-apapun, syabas MH ucapkan kepada Noh kerana mengingatkan umat Islam kesedaran mengenai perkara ini.

Foto:Instagram Noh Salleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI