“Aku Tak Minta Jadi Begini…,” – Kecewa Sebab Ada Yang Persenda Fasal Masalah Tekanan Emosi, Rakan Artis Pakat Beri Sokongan Buat Zynakal

Share

Rapper, Zynakal mengakui berasa agak kesal dengan tindakan seorang individu yang secara lantang mengkritiknya di platform media sosial.

Pada masa sama, individu berkenaan turut dilihat mempersenda masalah tekanan emosi yang pernah dialamai Zynakal sebelum ini.

 “Bilalah dia ni nak masuk hospital sakit mental. TerOK sangat dia ni.

“Suara dia masa AJL pun tak keluar, penat Yonnyboii back up lagu tu. Kata lelaki tapi suara kecil. Aku rasa suara beruk kuat lagi. Eh kejap aku lupalah dorang sama species. Hahaha,” tulis individu berkenaan.

Enggan melatah, Zynakal sebaliknya menerima teguran tersebut selain turut menyifatkan dirinya hanyalah sebagai manusia biasa.

“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata.

“Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada,” katanya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi lagu Sakit ini turut mendoakan agar semua individu dapat berlapang dada dan tidak sewenang-wenangnya meyebarkan kebencian terhadap orang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Zynakal supaya tidak mempedulikan komen-komen negattif tersebut.

Antara yang turut sama memberikan kata-kata perangsang buat Zynakal termasuklah artis versatile, Alif Satar dan guru vokal, Cikgu Shafi.

Sumber: Instagram Zynakal

IKLAN