“Aku Tak Hensem, Tapi Aku Berbakat,”- Menang 3 Kali Pelakon Lelaki Terbaik FFM, Bangga Dengan Afdlin Shauki!

Share

Pelakon dan pengarah, Dato’ Afdlin Shauki ada memuat naik sekeping foto beserta kapsyen di Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan pelakon filem Bikers Kental 2 itu, Afdlin berbangga dengan pencapaiannya dalam industri seni meski tiada rupa paras.

“Dengar sini kepada yg berkenaan. Aku tak hensem kecuali pada orang yg sayang kat aku. Tapi aku berbakat.

“Dan aku telah berjaya di Malaysia ini tiga trophy pelakon lelaki terbaik ffm… dan alhamdulillah ada perniagaan yg berumur 27 tahun..

“Kalau kita beri peluang pada bakat, bakat akan sentiasa menang dari rupa. Saya akan sentiasa support bakat … tonton Miss Lawak 2019 dan saksikan yg muka herot badan lonjong cuba mencari tempat dalam industry kita,” tulis Afdlin di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Afdlin berterima kasih kepada pihak Astro Warna kerana telah memberikan peluang kepada orang ramai yang kini sudahpun bergelar selebriti dan menempa nama dalam industri tanah air.

“Tahniah Astro Warna. Kecantikan di dalam sama penting dgn kecantikan di luar,” tulis Afdlin.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Afdlin dan turut berbangga atas pencapaiannya itu.

Dalam perkembangan lain, kemunculan Adflin bersama pelakon hebat seperti Zizan Razak, Dato’ Awie, Bront Plarae dan ramai lagi dalam filem Bikers Kental 2 di pawagam bermula esok.

Foto : Instagram Afdlin Shauki

IKLAN