Uncategorized

“Aku Tak Faham Geng-Geng Maki Polis Ni, Kau Siapa Weh?”- Tizz Zaqyah

Share

Hari ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan tingkah laku segelintir individu yang didakwa enggan memberi kerjasama kepada pihak polis sehingga bertindak meninggikan suara.

Lantas, hal tersebut mendapat perhatian pelakon, Tizz Zaqyah yang memberi reaksinya berhubung isu berkenaan.

“Ambik kau,” tulisnya.

Menurut Tizz lagi, dia tidak faham mengapa masih ada segelintir pihak yang mengganggu urusan polis sehingga ada yang berani meninggikan suara serta memaki hamun.

“Aku tak faham geng-geng maki polis ni. Kau siapa weh?,” tulisnya.

Reaksi tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Sarah Sajeeda itu di akaun Twitter miliknya.

Melihat di bahagian komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan mengenai situasi yang berlaku itu.

Sumber: Tizz Zaqyah

IKLAN