Hari ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan tingkah laku segelintir individu yang didakwa enggan memberi kerjasama kepada pihak polis sehingga bertindak meninggikan suara.
Lantas, hal tersebut mendapat perhatian pelakon, Tizz Zaqyah yang memberi reaksinya berhubung isu berkenaan.
Menurut Tizz lagi, dia tidak faham mengapa masih ada segelintir pihak yang mengganggu urusan polis sehingga ada yang berani meninggikan suara serta memaki hamun.
Aku tak paham geng geng maki polis ni. Kau siapa weh?
Selepas tampil menghulurkan sumbangan wang hadiah kemenangan menerusi Maharaja Lawak mega 2019 lalu, Man Raja Lawak kini difahamkan mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu rakyat yang tersepit di kala wabak yang melanda.
Menerusi salah satu entri terkininya di Instagram, pelawak ini bertanya andai ada pihak yang sudi membeli kereta dan motornya secara tunai.
Ia bagi menambah sumbangan sedia ada berikutan ribuan permohonan sudah diterima.
Pengacara Daphne Iking menyatakan kekaguman di atas sifat tanggungjawab yang ada pada seorang lelaki yang dikenali sebagai Alixson Mandundok, 34 tahun atas keputusannya berjalan kaki sejauh 70 kilometer untuk pulang ke Kota Marudu.
Menurut perkongsian, Alixson baru sahaja pulang daripada Jepun di atas urusan kerja dan merasakan dia berkemungkinan besar menjadi pembawa virus, dan atas sebab itu dia tidak mahu merisikokan orang awam dengan menaiki perkhidmatan awam dan tidak mahu ahli keluarga menjemputnya.
Jelas Alixson, walaupun telah melepasi pemeriksaan di lapangan terbang Kota Kinabalu, dia tetap melakukan pemeriksaan kali kedua di hospital berdekatan dan diminta untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Tambahnya, sewaktu dalam perjalanan melintasi kawasan perkuburan, seekor anjing muncul dan menemaninya sepanjang perjalanan pulang. Dia menamakan anjing tersebut sebagai Hachiko.
Kongsinya lagi, walaupun terpaksa melalui sekatan jalan raya, namun dia dibenarkan melepasinya selepas menunjukkan bukti pemeriksaan dan pasport perjalanan.
“Sabah man walks 70km home to Kota Marudu after returning from Japan, picks up dog along the way.
“The story of a man who walked 70km over three days from here to get to his hometown of Kota Marudu (some 120km away) with a dog as his companion, is getting much attention from Internet users.
“The man, identified as Alixson Mangundok, 34, had just returned from Japan where he worked on March 25 and fearing that he might carry the Covid-19 virus, chose not to take any public transport or get his relatives to pick him up. “After reaching the Kota Kinabalu International Airport, I was screened and although the health officials said I was fine and did not show any symptoms of the virus, I was still asked to go to the Queen Elizabeth Hospital for a more thorough screening,” he said.
“After giving his samples at the hospital, the doctor told him that he can undergo self-quarantine at home and he was not required to check into the state-provided quarantine centres while waiting for his Covid-19 test results.
“Prior to making the journey, Mangundok had lunch and bought two bottles of water at the hospital.
“Soon after he set out on his journey, after he had passed a cemetery, a dog came up and started tagging along.
“He allowed the dog, which he eventually named Hachiko (after the Japanese Akita dog known for its loyalty) to tag along. “I thought it would leave me halfway through but it stayed with me the whole way, that is why I decided to adopt Hachiko,” Mangundok said.
“Along the way, they rested at bus stops and passed by quite a number of roadblocks and made new friends, braved the rain and hot weather, as well as walked up and down hills. “At every roadblock, the policeman and other security forces on duty would ask where I was going and when I told them that I was headed to Kota Marudu, they could not believe it but eventually I convinced them that I was not joking,” Mangundok said.
“He explained his reasons and showed them his passport and letters from the hospital for proof and they would then advise him to be careful, alert and to rest in clearly lit areas.
Terbaru, seorang individu dilihat ada menulis satu twit untuk menzahirkan rasa suka terhadap gandingan pelakon Fattah Amin dan Neelofa menerusi akaun Twitter miliknya.
Malah, individu berkenaan menyifatkan dirinya suka dengan gandingan kedua-dua pelakon berkenaan di kaca televisyen.
“#lofattah always, #surihatimrpilot Harap dapat tgk diorang bergandingan lagi in apa2 movie or drama My favorite pair,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian individu tersebut telah menjadi perhatian dan ada yang mengkritik terhadap apa yang disuarakan.
Rata-rata daripada mereka menegur tindakan individu berkenaan kerana dikatakan tidak menghormati bintang Hero Remaja 2011/2012 itu yang kini merupakan suami kepada pelakon, Nur Fazura.
Malah, keduanya juga sedang menantikan cahaya mata bersama.
Terdahulu, Fattah pernah bergandingan dengan Neelofa menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang diarahkan pengarah, Michael Ang.
Drama tersebut ditayangkan pada tahun 2016 dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton setia drama tempatan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...