“Aku Serap Kedukaan Dan Jadikan Itu Bahan Api,” – 3 Bulan Masuk Gim, Lihat Transformasi Sharnaaz Ahmad!

Share

Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya menyifatkan kedukaan yang berlaku dalam hidup tidak seharusnya menjadikan hidupnya sia-sia.

Bagaimanapun, ia dialihkan sebagai suatu pemangkin untuk lebih maju.

Pelakon Lelakimu Yang Dulu itu turut berkongsi beberapa keping foto terbaru selepas menjalani sesi latihan di gim selama beberapa bulan.

“Jika aku pilih untuk berduka dan meratapi, aku hanya akan buat hidup aku jadi sia sia.. jadi aku serap kedukaan dan jadikan itu bahan api untuk lebih maju dan istikomah.

“Ayuh menuju kejayaan.. Lemah bukan alasan..… We are born fighter,” tulisnya.


Di ruang komen, rata-rata netizen teruja dengan perubahan yang ditampilkan pelakon asal Pulau Pinang ini.

Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

IKLAN