Ads

“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah RM1, Puji Sikap Johan Usaha Cari Rezeki Sampai Sukses

Pelakon Ozlynn Waty mendedahkan dia pernah menerima wang nafkah berjumlah RM1 daripada suaminya, Johan Raja Lawak, ketika mereka masih berusaha mencari hala tuju dalam kehidupan dan kerjaya.

Menurut Ozlynn, walaupun jumlah tersebut sangat kecil, dia tidak pernah mempersoalkan pemberian suaminya.

Malah, dia juga tidak kisah untuk membantu dari segi kewangan demi kelangsungan hidup bersama.“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah RM1, Puji Sikap Johan Usaha Cari Rezeki Sampai Sukses

“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi sampai malam, kadang tiada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami aku.

“Sampai pernah dia bagi nafkah dekat aku RM1 sahaja. Aku ambil duit itu. Saya cakap ‘I terima’ sambil senyum,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu sebagai respon kepada satu hantaran tular di aplikasi Threads yang membincangkan isu mengungkit antara suami dan isteri.

Ads

“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah RM1, Puji Sikap Johan Usaha Cari Rezeki Sampai Sukses

Keikhlasan, Doa & Ganjaran Rezeki

Dalam masa sama, Ozlynn mengakui dia terharu dengan sikap Johan yang sentiasa merendah diri dan tidak menunjukkan ego walaupun ketika mereka berada dalam kesusahan.

“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah RM1, Puji Sikap Johan Usaha Cari Rezeki Sampai Sukses

Ads

“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dua. Aku terus ‘blah’ dan masuk bilik air. Aku menangis sampai sakit tekak aku.

“Bukan sebab jumlah nafkah tapi cara dia rendahkan maruah dia depan aku dan aku nampak usaha dia cari rezeki,” kongsinya lagi.

Berkat kesabaran dan usaha keras yang berterusan, Ozlynn meluahkan rasa syukur apabila kehidupan mereka kini jauh lebih baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah.

Ads

“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah RM1, Puji Sikap Johan Usaha Cari Rezeki Sampai Sukses

“Maka aku doa mintak Allah bantu. Alhamdulillah sekarang dia senang. Dia tak pernah lupakan aku,” ujarnya.

Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Ozlynn Waty

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Inilah Pengakhirannya Yang Saya Sendiri Tak Pernah Jangka…,” – Yusof Bahrin...

Pelakon Yusuf Bahrin reda apabila rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana berakhir selepas dia sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling,...
error: Hello. Cannot.