“Aku Nak Tengok Siapa Nak Kecam. Pakai Jubah Pun Kena,” – Tempelak Sikap Netizen, Fiza Halim Kongsi Foto Free Hair!

Share

Perkongsian foto pelakon, Fiza Halim nampaknya berjaya menimbulkan sensasi apabila bintang ini berkongsi dua keping foto ketika belum berhijab.

Ulas bekas anggota Elite ini, dia rasa ralat dengan dengan segelintir netizen yang gemar menjatuhkan hukum meski kala memakai jubah sekalipun.

Tambahnya lagi, tidak salah memberi nasihat, namun biarlah berpada-pada dan ada caranya.

Aku nak tengok siapa nak kecam. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom.

“Bulu hidung,bulu ketiak,bulu tutttt… hampa xmau zoom ka? La ni aku nak tanya hampa semua,kalau crita kami hat lama2 keluaq kat tv yg tak pakai tudung, mcm mana pulak crita tu?

“Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la… nasihat boleh nasihat. Tp biaqlah berpada2.. Dan yg paling best,hat dok komen semuanya PRIVATE ACC.

“Sblm hampa semua nak cakap pasai AURAT, mulut lidah pun kena jaga jugak,” luahnya.

Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengakui dia sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Aku mengaku aku bukan org baik, tp aku pelan2 nak belajaq jd baik. Aku tak suka hipokrit!! Bukan aku. Nih,drp hampa semua sibok dok cari NERAKA org, hampa jgn lupa, jgn sampai SYURGA hampa sendiri terabai na.

“Kita semua dah tua, tunggu nak mampuihh ja. Masing2 tau dah kot nak jaga diri sendiri.

“Mcm aku anak dah kluaq 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah xminat dan xnak suka aku pun,aku tak kisah.Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bg mentedarah kat aku.

“Aku adalah aku, tak perlu nak tunjuk baik depan org.Kalau org nak kata aku mulut jahat,mmg pun. Aku terima.Allah lebih tau apa niat hamba2 dia. Ada ja tak kena dimata hampa #throwback #akudahmeluat #sabaqadatahap,”

tambahnya lagi.

Meninggalkan maklum balas terhadap tindakan pelakon ini, rakan artis turut beri reaksi.

Pun demikian, segelintir netizen kecewa dengan tindakan wanita ini dan mempersoal apa sebenarnya yang ingin dibuktikan.

Malah mereka mendoakan agar dia terus istiqamah.

Foto : Instagram Fiza Halim

IKLAN