Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi foto lamanya ketika masih kanak-kanak di akaun Instagram.
Imbau nostalgia, bintang drama Camelia ini mendedahkan dia mengenakan pakaian istimewa bersempena dengan hari jadinya yang ke-12.
Jelas Zarina, gaun berkenaan ditempah ibu dari butik pengantin.
Ads
“Aku masa 12 tahun. Mak tempahkan baju baru semperna harijadiku yang ke 12 dia tempah di butik baju pengantin cina.
“Aku pertama kali dapat pakai baju cantik senyum sampai telinga hari hari pakai baju tu walau kain dia sebenarnya ada lining dah tapi galat gatal tapi aku pakai jugak sebab cantikk,” tulisnya.
Ads
Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat serta rakan artis turut memberi reaksi.
Menerusi laman Instagram Tomok, sepotong rakaman dua anak lelakinya, Arrian dan Arrian dilihat sedang memperkenalkan nama adik bongsu mereka yang baru dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Tomok dan isteri, Ayu Abas memilih nama isteri Rasulullah SAW,Siti Khadijah buat si comel.
Nadzmi Adhwa berkongsi momen istimewa isteri, Ardell Aryana ketika berada di dalam wad untuk proses bersalin.
Ardell kelihatan sebak dan menangis memohon agar doktor membantu memudahkannya untuk melahirkan anak. Malah si suami turut memberikan kata-kata semangat dan menyatakan rela andai rambutnya ditarik sewaktu proses melahirkan berlaku.
“Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam.
“Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya. Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.
“Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua.
“Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya.Sayang awak @ardellaryana. Selamat Berjuang 💪🏻👶🏻@ardellaryana @babyadhwardell,” kongsinya.
Selepas empat tahun bergelar isteri, Iqa Nasra atau lebih sinonim dikenali sebagai Iqa Mentor mengumumkan berita gembira apabila sedang hamil anak pertama.
Difahamkan, usia kandungannya kini sudah pun memasuki minggu yang ke-22.
Menerusi Instgram, bintang yang pernah memeriahkan dunia seni sejurus program Mentor musim kelima ini ada berkongsi foto terkini, selain turut memaklumkan dia ada mengalami alahan pada awal kehamilan.
“Allah is truly the Greatest, AllahuAkbar. Alhamdulillah. After few months struggling with bad allergies, cravings, morning sickness and so on.
“Today, on 1st Syawal, I am so glad to let you guys know, alhamdulillah I’m pregnant with my first child after almost 4 years of marriage.
“Finally You answered our duas Ya Allah.
Now dah 2nd trimester. Doakan baby sihat ya,” tulisnya.
Menerusi Mentor, Iqa bergelar protege kepada Edry Abdul Halim, turut bersaing dalam program sama ketika itu termasuk Salma Asis (Mentor- Erra Fazira) dan Shiha (Mentor- Allahyarham Datuk Sharifah Aini).
Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor mendirikan rumah tangga bersama Raja Azlan Shah, pada 6 Ogos 2016.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.