Aku Ingat Orang Gila Mana Sesat Dengan Rambut Celup Kau Ni…,”- Seloroh DS Aliff Syukri Pada ‘Sajadiah’…

Share

Awal malam tadi pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sepotong video kunjungan rakan niaganya, Sajat di Instagram.

Setelah sekian lama tidak bertemu selepas Sajat mengambil pengajian pendek dandanan rambut di luar negara, akhirnya dua rakan ini bersua.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian sudah tentulah gurau kasar di antara mereka berdua yang sekali gus menerima reaksi pelbagai netizen.

Penyanyi Abang Nak Tegur itu secara seloroh mengatakan dia tidak mengenali Sajat yang sudah pun mewarnakan rambutnya kepada warna perang.

Malah, Aliff sempat menasihati Sajat supaya hanya beri fokus pada kerjayanya sahaja selepas ini dan betaubat.

Semuanya gara-gara Instagram penyanyi Makhluk Penggoda itu yang khabarnya telah digodam pihak tak bertanggungjawab.

Lalu, Sajat kini telah pun membuka akaun baru menggunakan nama @nursajadiah.

Sementara menerusi ruangan kapsyen, Aliff meminta netizen supaya mendoakan yang baik-baik buat rakan niaganya itu.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN