“Aku DM J.Lo Beli Mana Baju Tu, Nasib Dia Jawab…,” – Kelasnya Sharifah Shahirah Ni!

Share

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada berkongsi kapsyen lucu di Instagram berkenaan dengan rekaan busananya yang dipakai di sebuah majlis anjuran usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri semalam.

Katanya, dia ada menghubungi penyanyi antarabangsa, Jennifer Loperz menerusi bagi mendapatkan baju yang hampir sama dengan penyanyi lagu Im Real itu.

“Aku Dm Jlo beli mana baju tu?
Nasib baik dia jawab..Dapatlaa pakai event Dato seri aliff Syukri.

Nanti baju jlo masa buat show lain akan menyusul …bila perut ada 6 pack
Memang tak laaaaa. 6 paket ais ada. Tq @ooicouture,” tulisnya.

Pada malam itu, dia ditatarias menggunakan set solekan terkini, Epie x Siti.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan kapsyen humor yang dikongsi isteri kepada pelakon, Ijoy ini.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

IKLAN