“Aku Boleh Lukis Ni je Orang Lidi.” – Anak Shiera Ijoy Memang Berbakat! Lukis Figura Pelakon Squid Game Atas Karpet Jer!

Share

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Sheira menzahirkan rasa kagum dengan bakat melukis yang dimiliki anak perempuannya Airra.

Ketika menjenguk bilik tidur anaknya itu, Shiera terkejut apabila melihat karya lukisan di atas permaidani yang dihasilkan Airra yang melukis figura watak dalam filem Squid Game iaitu Sae-Byeok, berdasarkan nombor ‘067’ yang tertera.

“Wow… Kau tengok anak aku, bilik dia dah lama tak mausk. Airra you done a good job. This is Squid Game.

“Aku boleh lukis ni je orang lidi. Hello… nice drawing that you draw,” antara kata yang diluahkan Sheira.

Rasa kagum itu turut dikongsikan oleh adik beradiknya yang lain termasuk bapa mereka, Ijoy.

Video yang kini sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan itu turut dihujani dengan reaksi pelbagai peminat dan ramai selebriti.

Antara yang meninggalkan komen termasuk Dato Sri Siti Nurhaliza, Sari Yanti, Eida Moin, Achey dan ramai lagi.

Rata-ratanya menyatakan rasa teruja sejurus melihat kreativiti serta bakat yang dipamerkan yang remaja berusia 14 tahun itu.

IKLAN