Categories: Berita

“Aku Antara Followers Berjuta Yang Sering Doakan Dia,”- Kagumi Heliza Helmi, Mila Doa Persahabatan Sampai Syurga

Share

Persahabatan yang ikhlas dan suci adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan sahabatnya yang lain.

Begitulah hubungan yang terjalin antara kedua-dua bekas penyanyi, Mila Jirin dan Nur Heliza Helmi.

Malah, bekas juara Akademi Fantasia-5 ini berasa kagum melihat perjuangan Heliza yang sentiasa terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.

“Aku antara yang KAGUM melihat perjuangan beliau didalam misi kemanusiaan… Aku antara berjuta followers beliau yang sering mendoakan agar Allah jaga dan lindungi beliau sepanjang Misi.

“Rasa KAGUM lagi pada bidadari syurga ini, tatkala menerima kiriman doa semasa berada di tanah suci Makkah Awal tahun lalu, Masya Allah.

“Heliza, mu cantik luar dan dalam…. Mu selalu whatsapp cakap “Tarik aku jika tak nampak aku di Syurga…” Ku pun nak cakap perkara yang sama “Tarik Aku jika tak nampak aku di syurga” ….. Persahabatan #lillahitaala,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata gembira melihat keakraban kedua-dua sahabat ini.

 

 

Terdahulu, Heliza sering  berulang-alik ke hospital menzirahi Mila ketika ditahan diwad akibat tekanan darah rendah pada April lalu.

Foto : Instagram Mila Jirin

IKLAN