Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).
Remy, petik Bernama berkata, dia tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.
Ads
“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.
“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.
Ads
Sementara itu Ashraf berkata, menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.
“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya lagi.
Bulan lalu, lima nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan.
Terbaharu, Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut ialah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Manakala skrip filem Kahar: Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain dan diarahkan Razaisyam Rashid.
Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, sesi penggambaran selesai pada 25 Julai lalu dan kini dalam fasa suntingan.
“Insya-Allah, filem Kahar: Kahar Kapla High Council akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada November nanti.
“Bagi menambahkan keterujaan, kami mengembalikan para pelakon asal siri Project: High Council.
“Kehadiran mereka di dalam filem ini memberi lebih signifikan kepada jalan cerita, di samping mengekalkan konsistensi karakter.
“Pastinya peminat karya ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan semula watak-watak kegemaran mereka di layar perak,” katanya.
Menambahkan rasa teruja, Astro Shaw turut mempersembahkan the first look iaitu video di sebalik pembikinan Kahar: Kapla High Council, teaser trailer dan teaser poster filem ini.
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.
Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak terkenal Indonesia, Andra Taulany dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Rien Wartia Trigina selepas hampir 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Kompas TV, kisah mengenai penceraian itu telah tersebar pada Rabu dan telah mengejutkan ramai pihak.
Perkara tersebut turut disahkan oleh pegawai perhubungan awam, Pengadilan Agama Tigaraksa, Tangerang, Ummi Azma.
Katanya lagi, permohonan penceraian itu telah difailkan sejak April 2024.
“Untuk nama Andre Taulany Bin RNI Haumahu, memang dia benar telah membuat permohonan cerai talak terhadap istrinya Rein Wartia Trigina binti Yulius Anton di Pengadilan Agama Tigaraksa pada 4 April 2024,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, Ummi tidak menjelaskan alasan Andre memfailkan cerai terhadap isterinya itu.
“Untuk hal lebih lanjut, saya tak boleh nak jelaskan kerana penceraian ini merupakan hal tertutup dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.
“Yang pasti memang ada perkara yang telah difailkan oleh Andre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ummi turut memaklumkan pasangan ini telah menjalani proses mediasi namun, usaha tersebut dikatakan gagal.
“Mereka sudah jalani proses mediasi. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan setakat ini. Ketika ini, saya tidak boleh maklumkan secara lebih terperinci,” kongsinya.
Sekadar informasi, Andre telah berkahwin dengan Rien Wartia pada tanggal 17 Disember 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terdahulu, Andre merupakan antara pelawak terkenal Indonesia yang telah membintangi program seperti Lapor Pak, Bercanda Tapi Santai dan Opera Van Java.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Kompas TV & Instagram Andre Taulany
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy satu ketika dahulu.
Kini MH, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Malah, menurut Bienda sebelum memulakan perniagaan menjual pau, dia sememangnya sudah bergiat aktif hingga bidang perniagaan bukanlah satu perkara asing baginya. Bienda mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual tudung dan inner.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri terbahar, Bulan Henti Bicara, yang...