MH ada berita gembira buat para peminat drama dan filem Korea Selatan!

Pelakon, Gang Don-won buat julung-julung kalinya akan menjejakkan kaki ke Malaysia setelah 15 tahun debut dalam bidang lakonan pada 3 April ini.

MH difahamkan bahawa kehadirannya ke ibu kota adalah untuk mengadakan sesi khas bersama peminat.

Aktor Gang Dong Won Akan Ke Malaysia April Ini!

IKLAN

Bagaimanapun, sesi khas tersebut hanya terhad kepada 100 peminat bertuah yang terpilih sahaja tau!

Tempat berlangsungnya sesi ini juga adalah rahsia dan akan diberitahu kepada mereka yang terpilih sahaja.

IKLAN

Sedikit info mengenai Dong-won, dia debut pada tahun 1999 dan mula dikenali melalui filem ‘Temptation of Wolves’. Sejak itu, filem-filemnya seperti ‘Too Beautiful Too Lie’, ‘Voice Of a Murderer’, ‘Violent Prosecutor’ dan ‘Master’ merupakan filem-filem ‘box office’ di negara Kpop itu.

Aktor Gang Dong Won Akan Ke Malaysia April Ini!

IKLAN

Dalam pada itu, tahun lalu menyaksikan Dong-won menembusi pasaran Hollywood menerusi filem ‘Tsunami LA’.

Sebarang info lanjut, peminat boleh layari ‘Facebook page’ penganjur iaitu IME Asia.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI