Aktif & Sinonim Sertai Misi Kemanusiaan, Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan

Share

Selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

Pengumuman tersebut dimaklumkan menerusi poster yang dimuat naik di laman Instagram Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Ahad.

Manakala, Eksekutif Pengisian Kandungan Islam TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman pula dipilih sebagai Ikon Media Islam.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Mizz Nina turut memuat naik semula ucapan tahniah yang dikongsikan oleh netizen dan sahabat terdekat.

“MasyaAllah congrats habibi.

“Alhamdulillah, tahniah.

“MasyaAllah tabarakallah. Tahniah

“Tahniah Mizz Nina atas pengamugerahan tokoh maulidurrasul ikon kemanusiaan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Mizz Nina merupakan antara selebriti yang aktif menjalankan misi-mosi kemanusiaan di negara bergolak.

Malah, Mizz Nina juga turut mempunyai aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mizz Nina & Jakim

IKLAN