Aksi Tangkas Heliza & Hazwani Berkuda Sambil Memanah Pukau Netizen; “Terbayangkan Hebatnya Srikandi Islam.”

Share

Sukan memanah dan berkuda merupakan antara aktiviti sunnah yang digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Baru-baru ini, aksi lincah selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi menarik perhatian netizen yang cukup kagum dengan ketangkasan mereka dalam menunggang kuda sambil memanah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aeeeeshah, ketangkasan mereka mendapat pujian malah ramai menjadikan dua beradik ini sebagai inspirasi buat wanita di luar sana.

Malah, tidak kurang juga memuji kedua-duanya yang masih terjaga sempurna aurat walaupun sedang melakukan aktiviti lasak.

@aeeeeshah dua beradik yg masyaallahtabarakallah, semoga sentiasa memberi inspirasi buat orang ramai💪🏻❤️ #sunnah #berkudamemanah #fyp #helizahelmi #hazwanihelmi ♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

“Ini yang ku mahukukan, wanita yang berani tapi masih mampu menutup aurat. Moga saya pun mampu menutup aurat dengan sempurna.

“Suka tengok Heliza dan Hazwani, semangat jihad ke jalan Allah begitu tinggi.

“Saya pun baru start belajar memanah. Tiba-tiba terdetik nak belajar memanah.

“Meremang time Heliza kibar bendera tu.

“Setiap kali tengok video berkuda meremang rasa.. duk terbayangkan hebatnnya srikandi Islam,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Heliza dan Hazwani sering terlibat dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Adik beradik ini juga menjadi antara selebriti yang sering memperjuangkan isu ummah di Gaza dan Syria malah mereka pernah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke negara berkenaan bagi menyampaikan sumbangan dan membantu rakyat di sana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN