Aktres dan model, Syatilla Melvin mengakui tidak pernah timbul rasa cemburu buat pasangan heroin suaminya, Shaheizy Sam sama ada menerusi drama mahu pun filem terutamanya apabila melibatkan babak mesra. Katanya kepada Hiburan Sinar, sebagai seorang pelakon, dia sudah sedia maklum mengenai komitmen dan keperluan pelakon, termasuk suami sendiri.

Ditemui ketika menemani suaminya di majlis tayangan perdana filem Pinjamkan Hatiku baru-baru ini yang menggandingkan Sam bersama Ayda Jebat, filem arahan Osman Ali itu turut menampilkan beberapa babak mesra dan romantik yang dijayakan kedua perlakon utama berkenaan.

Aksi Romantik Suami Bersama Heroin, Syatilla Melvin Cuba Kikis Rasa Cemburu

IKLAN

“Kalau ditanya saya mengenai babak suami menerusi filem tersebut, saya tidak berpeluang untuk menonton keseluruhan cerita kerana terpaksa berada luar panggung. Saya harus menjaga anak yang ketika itu kebetulan merengsk ketika tayangan perdana itu berlangsung.

 

“Bagaimana pun, saya percaya mereka baik pelakon dan semua krew profesional dan itu tidak lebih dari hanya sekadar memenuhi keperluan skrip dan jalan cerita. Sebagai isteri kalau ditanya mengenai hal tersebut memanglah akan wujud rasa cemburu, tetapi saya tidak terlalu memikirkan hingga boleh membawa kerana sesuatu yang negatif.

 

“Sebaliknya, saya terimanya daripada sudut positif buat perkembangan kerjayanya. Kami pun saling mengenali ketika sama-sama berada dalam industri. Jadi persefahaman itu yang paling penting. Saya tiada masalah untuk itu kerana saya lebih mengenalinya,” kongsi Syatilla jujur.

Pada masa sama, ibu kepada Syeriv Samheizy, enam bukan ini turut menambah, sebagai suami isteri, mereka perlu saling percaya dan yakin suaminya itu sedia tahu perihal batas-batas sebagai suami dan bapa.

Aksi Romantik Suami Bersama Heroin, Syatilla Melvin Cuba Kikis Rasa Cemburu

IKLAN

“Semuanya dilakukan secara profesional. Saya beri kebebasan kepada Sam untuk melunaskan tugas sebagai pelakon dan saya yakin dia sudah melakukannya dengan baik.

 

“Sam juga tahu batas sebagai suami. Begitu juga dengan saya, jika saya melakonkan babak tertentu bersama pelakon lelaki lain, saya juga perlu sedar dan tahu akan batas dan tidak berlebih-lebih hingga menimbulkan perasaan kurang senang suami,” jelas Syatilla yang mula terjun ke dunia lakonan setelah menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tujuh tahun lalu.

Aksi Romantik Suami Bersama Heroin, Syatilla Melvin Cuba Kikis Rasa Cemburu

IKLAN

Terdahulu, filem Pinjamkan Hatiku bakal menemui pencinta filem seluruh Malaysia pada 30 November depan. Turut menjayakan filem ini ialah Farid Kamil, Lia Natalia, Norman Damanhuri, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=HEy9DhEma4o

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI