Akibat Jangkitan Pada Usus Besar, Aktor Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia

Share

Hari ini, industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor popular Bollywood berbakat besar, Irrfan Khan pada usia 53 tahun.

Menurut laporan BBC News, Irrfan difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Mumbai selepas dimasukkan ke wad pada Selasa ekoran masalah usus.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak agensi perhubungan awam Irrfan untuk mengesahkan mengenai berita kematian tersebut.

“Surrounded by his love, his family for whom he most cared about, he left for heaven abode, leaving behind truly a legacy of his own.

“We all pray and hope that he is at peace,” tulisnya seperti yang dipetik.

Pada 2018, pelakon filem Slumdog Millionaire itu pernah mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah didiagnosis mengidap tumor neuroendokrin yang merupakan sejenis kanser yang jarang sekali berlaku.

Dia kemudiannya pergi ke hospital di London bagi mendapatkan rawatan mengenai penyakitnya itu.

Selepas menjalani rawatan, Irrfan ada menulis surat terbuka yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya bagi menceritakan mengenai pengalamanya sepanjang menjalani rawatan tersebut.

Berita kematian tersebut nyata mengundang rasa sedih dikalangan peminat termasuklah rakan artis Karan Johar, Shah Rukh Khan dan ramai lagi.

https://twitter.com/skfilmsofficial/status/1255469733232742401?s=21

Irrfan meninggalkan seorang isteri iaitu Sutapa Sikdar serta dua anak iaitu Babil dan Ayan.

Sumber: BBC News

IKLAN