“Akhirnya Saya Tumbang Juga,” – Puteri Sarah Masuk Hospital, Minta Maaf Buat Peminat Singapura

Share

Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya kini terpaksa dirawat di hospital dan perlu dipantau oleh pihak doktor.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Puteri Sarah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

“Assalamualaikum semua, saya merendah diri ingin memohon maaf buat peminat di Singapura, Megaxpress, para founders, saya terpaksa batal semua sesi photoshoots,” tulisnya.

Pada masa sama, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini juga memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sebuah acara yang bakal berlangsung di Singapura.

Katanya lagi, dia akan kembali bekerja selepas mendapatkan nasihat daripada pihak doktor.

Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Akhirnya saya tumbang juga. Saya perlu berehat dan dipantau oleh doktor. InsyaAllah bila saya dah sihat, saya akan bekerja semula.

“InsyaAllah buat peminat saya di Singapura, kita akan berjumpa tidak lama lagi. Doakan saya okay. I love you guys,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah bersama dua orang anaknya baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan umah di Tanah Suci Mekah dan bercuti di Dubai.

Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah kesihatan yang sedang dialaminua itu.

Apapun, MH doakan semoga semua baik-baik sahaja Puteri Sarah. Get well soon.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

IKLAN