“Akhirnya Saya Ada Isteri Untuk Puji Kecantikannya Hari-Hari,”- Impian Jadi Kenyataan, Harith Zaman Selamat Bernikah Dengan Gadis MV Lagu Cute

Share

Penyanyi dan Youtubers, Harith Zazman meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahannya bersama gadis pilihan yang juga merupakan model, Nuramalina Ghakaskhah yang berlangsung pada Sabtu telah pun berjalan dengan lancar.

Majlis yang diadakan secara ringkas dan patuh prosedur operasi standard (SOP) itu difahamkan telah berlangsung di Pejabat Agama Hulu Langat, Selangor.

Menurut Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifulzazman, hatinya juga berasa amat sebak sehingga mengalirkan air mata saat saksi menyebut perkahtaan ‘sah’.

“Alhamdulillah sekali lafaz. Bergelinang air mata semasa saksi sebut “sah”.

“Akhirnya saya ada isteri untuk saya puji kecantikannya hari hari,” tulisnya.

Perasaan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Cute itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi hantaran di laman Twitter pula, Harith dilihat sempat berseloroh mengenai perasaannya selepas hari pertama bergelar suami.

“Terkejut lah bangun pagi ada orang dekat sebelah,” katanya lagi.

Pada masa sama, beberapa foto sewaktu majlis pernikahan mereka juga turut dikongsikan di platform yang sama.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan doa buat Harith dan juga isteirnya.

“Comelll betul. Semoga bahagia sampai syurga.

“Congratulations. Wishing all the good things for you and you and your beautiful wife.

“Congratulation Harith and wife. Have a blessing marriage life,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, lagu Cute difahamkan telah ditulis khas oleh Harith buat Nuramalina dan dia juga telah membuat kemunculan istimewa di dalam klip video lagu berkenaan.

Sumber: Instagram & Twitter Harith Zazman, Nuramalina Ghakaskhah, Candid Pictures Studio

IKLAN