Orang ramai sering melabelkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hanya tahu ‘menggedik’ sahaja, buat hal yang bukan-bukan.

Bagaimanapun, di sebalik karakternya yang ‘gila-gila’ dan bersahaja itu, terselit satu sikap ‘workaholic’ yang menjadi tunjang kejayaan selama ini.

Menerusi perkongsian isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di Instagram, kelihatan suaminya tertidur kepenatan setelah penat bekerja seharian.

IKLAN

“Kisah malam tadi, saya dulu baru kahwin tak boleh follow cara dia kuat kerja, tapi Alhamdulillah, semuanya berbaloi.

“Sebab tu kalau korang yang suka kutuk-kutuk tak tahu betapa rajinnya dia kerja siang dan malam untuk menyara keluarga. Sorry @aliffsyukriterlajaklaris ambik sorok-sorok, jangan marah,” tulisnya.

Sebagai seseorang yang sering berada di samping suami, tentu perkara seperti itu menyentuh hati Shahida melihatkan Aliff bekerja keras demi keluarga tercinta.

IKLAN

‘Akhirnya Rehat Bawah Meja’- Datin Seri Nur Shahida Buka Rahsia Sikap ‘Workaholic’ Suami

Apa-apapun, MH harap lepas ini netizen tidak lagi mudah menuduh bahawa Aliff tidak sama turun padang untuk ‘bekerja’ ya.

IKLAN

Bukti pun dah ada depan mata. Kata orang, setiap usaha tak kan datang bergolek tanpa adanya usaha!

Foto: Instagram  Datin Seri Nur Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI