![asde](https://cdn.mediahiburan.my/2018/03/asde.png)
Nampaknya isu kes pelancaran tudung Nealofar Hijab yang menjadi kontroversi hampir tiba ke penghujungnya.
Setelah Nealofar Hijab membuat kenyataan rasmi tentang isu memohon maaf secara terbuka, semalam pengacara serta pelakon, Neelofa telah tampil kehadapan memohon maaf sekali lagi di atas segala kesilapan yang dilakukannya itu.
Di Twitter, Neelofa memberitahu selepas memahami dan lihat kesan yang terjadi terhadap syarikat tudungnya itu, dia meminta maaf atas segala statment negatif yang dikeluarkannya tempoh hari berkenaan dengan isu pemilihan tempat pelancara.
After understanding and reflecting on what has taken place after the NH event on the 26th Feb 2018, I would like to sincerely apologize for causing stress and negative sentiments on the selection of the venue at which the event took place.
— Neelofa (@Neelofa) February 28, 2018
“Selepas memahami dan lihat kesan apa yang telah berlaku selepas acara NH pada 26hb. 2018, saya ingin minta maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan tempat di mana peristiwa itu berlaku.”
Malah, Neelofa turut berterima kasih kepada semua individu yang sentiasa memberi sokongan serta memahami situasinya ketika itu dan akan memastikan meletakkan perhatian yang lebih untuk melindungi imej tudung.
I would also like to thank you for all the support given by many who have understood this situation . We will put greater attention in the future to make sure we protect the image of hijab.
— Neelofa (@Neelofa) February 28, 2018
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh ramai yang memahami keadaan ini. Kami akan memberikan perhatian yang lebih besar pada masa akan datang untuk memastikan kami melindungi imej hijab.”
Neelofa turut mengajak orang ramai untuk lupakan apa yang berlaku dan mengambil segala yang terjadi sebagai pengajaran.
Malah, Neelofa turut memberitahu dia mengambil segala tanggungjawab atas segala keputusan dan akui dirinya bukanlah individu yang sempurna.
Bagaimanapun, Neelofa dengan rendah hati memberitahu dia menghormati segala pandangan serta feedback orang ramai dan meminta maaf atas segala yang telah belaku.
Moving forward, we will make sure that we continue to brand hijab to its true potential from here on. I take full responsibility of all decisions made & I can only learn from the mistakes. I am far from perfect and I respect your thoughts and feedbacks. I am truly, deeply sorry.
— Neelofa (@Neelofa) February 28, 2018
“Terus ke hadapan, kami akan memastikan bahawa kami terus menjayakan jenama hijab kepada potensi sebenar di sini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan yang dibuat dan saya belajar dari kesilapan. Saya tidak sempurna dan saya menghormati pandangan dan maklum balas anda. Saya benar-benar sangat menyesal.”
Apapun seperti yang MH katakan, setiap manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Mungkin apa yang terjadi ini bukan sahaja mengajar Neelofa untuk lebih menjaga sensitiviti ini sebaliknya pengajaran buat semua peniaga lain untuk jangan semudahnya memandang rendah dalam hal-hal sebegini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI