Wah seronoknya MH tengok gambar-gambar pelakon comel yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Mawar Rashid bersama pemain-pemain kelab Manchester United (MU)!

Nampaknya impian Mawar nak berjumpa dengan pemain MU telah tercapai. Melihat keceriaan pada wajah Mawar, tentu dia sangat teruja dapat bertemu dengan pemain bola sepak yang diminati seluruh pelusuk dunia.

Mawar dan suaminya, Raf Yaakob telah menghadiri satu majlis makan malam bersama pemain kelab bola sepak ini di Manchester, United Kingdom baru-baru ini.

Gambar-gambar ini telah dikongsikan sendiri oleh Mawar dan Raf menerusi Instagram mereka.

Jom kita tengok sikit gambar Mawar, Raf dan pemain MU.

A post shared by ???Mawar ??? (@mawarashid) on

IKLAN

A post shared by ???Mawar ??? (@mawarashid) on

A post shared by ???Mawar ??? (@mawarashid) on

IKLAN

Terdahulu, Raf selaku Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia meberitahu MH dia menerima jemputan untuk majlis makan malam ini dan berhasrat membawa isterinya bersama untuk bertemu dengan pemain-pemain MU.

Menurut Raf juga, Mawar sudah mula meminati bola sepak sejak berkenalan dengannya.

IKLAN

“I pun nak bagi Mawar peluang untuk jumpa player player yang I suka dan dia pun sejak kenal saya, dia minat bola sepak. Dah mula sebut nama Lukaku Lukamu,” katanya sambil berseloroh.

Raf dan Mawar juga turut mengambil kesempatan untuk berbulan madu di Manchester.

Dalam satu perkongsian Mawar juga dia turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana membawa dia ke sana.

A post shared by ???Mawar ??? (@mawarashid) on

“Thank you Raden Love bawa Anje datang sini. Jaga Anje, sayang Anje.
Anje pun will take care of you for the rest of my life kay ? @rafyaakob ⚜❤⚜,” tulis Mawar.

Sumber: Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI