Rasanya tidak perlu lagi MH perkenalkan siapa Fynn Jamal dan siapa itu Atita Haris.

Kedua-dua mereka punyai impak dan pengaruh yang besar di sosial media.

Jika diikutkan trend berkongsi perkembangan anak-anak di kalangan selebriti dan instfamous, merekalah antara yang terawal memulakan trend ini dengan berkongsi perkembangan Juna dan Opi di Instagram.

Jika korang pengguna Instagram yang tegar, mesti korang pernah follow semua cerita-cerita mereka bukan?

Tetapi buat yang masih tidak tahu, ini ceritanya…

Hubungan Fynn Jamal dan Atita memang akrab malah mereka berdua pernah bergelar ipar duai, seperti semua tahu Fynn pernah menetap di luar negara suatu masa dahulu apabila bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris di Khazakhstan dan sejak melawat Fynn di sana, nama Atita Haris terus menjadi sebutan ramai tambah pula Atita yang merupakan bekas adik ipar kepada Fynn punyai seorang anak perempuan bernama Sofia atau lebih dikenali sebagai Opi.

Opi dan Juna menjadi semakin akrab dan sering bersama sehingga mencuri perhatian netizen.

Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula!

Rata-rata memang suka melihat gelagat Opi dan Juna yang comel.

IKLAN

Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula!

Mereka berdua memang akrab sehingga kerap melancong bersama-sama tidak kira luar atau dalam negara.

Namun, jodoh di antara Atita dan bekas suaminya tidak panjang dan akhirnya mereka bercerai.

Sejak itu Opi dan Juna tidak lagi bersama dan berita ini telah mengemparkan industri walaupun Atita bukanlah seorang selebriti.

Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan Atita telah meneruskan kehidupan barunya berkahwin dengan pelakon Nast-T, manakala bekas suami Atita berkerja di Eropah.

Sebelum itu adalah beberapa isu yang timbul kononnya Fynn Jamal dan Atita sudah tidak sehaluan sehingga unfollow akaun media sosial masing-masing.

IKLAN

Namun, baru-baru ini kedua-dua mereka telah membuatkan pengikut mereka gembira tidak terhingga kerana Atita baru sahaja muat naik sekeping gambar keluarga besar mereka bersama.

Opi ikot papa adam pegi holiday jap ? @dj.nas.t @hishamharis @adamhdzrr

A post shared by Atita Haris (@atitaharis) on

Tersenyum kegembiraan wajah Opi di samping ayah kandungnya bersama Atita.
Malah Atita dan Nas-T kelihatan sangat tenang dan gembira bersama.

Tidak di situ sahaja, malah apa yang membuatkan orang ramai terkejut dan kegembiraan apabila melihat Fynn Jamal turut meninggalkan komen di gambar Atita dengan berkata dia ingin ‘curik’ Opi seketika dengan nada bergurau.

Manakala Atita membalas komen tersebut dengan baik seperti dulu kala.

  1. Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula!

Dalam pada itu, Fynn Jamal turut berkongsi gambar di anatara Juna dan Opi di Instagram dan rata-rata pengikut Fynn menjerit teruja melihat kedua-dua BFF Forever ini telah bersama kembali setelah bertahun-tahun berjauhan.

IKLAN

Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula! Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula! Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula!

Jangan tak tahu ada juga yang sehingga ingin menangis tersentuh melihat bagaimana hubungan mereka kembali jernih.

Akhirnya, Juna & Opi Kembali Bersama Semula!

Apapun MH turut tumpang gembira melihat keluarga ini dan doakan semoga kesemua mereka tetap bersama akrab seperti ini walaupun masing-masing sudah punyai hala tuju yang berbeza.

Malah, kami juga respect pada Nas-T kerana menerima baik keadaan ini.

Apapun semoga terus kekal akrab selamanya dan buang yang keruh, ambil yang jernih!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI