Akhirnya Datin Almy Nadia Kongsi Nama Anak Ketiga, Akan Dedah Wajah Nurafrina Ayra Selepas Habis Pantang 44 Hari

Share

Bersempena dengan hari ketujuh kelahiran anak ketiga beberapa hari lalu, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya memperkenalkan nama bayi perempuannya itu kepada para peminat.

“Alhamdulillah harini genap hari ke 7 my little princess… jadi dikesempatan harini hari ke 7.. sy perkenalkan dulu namanya yer, NAMA- NURAFRINA AYRA. Tarikh lahir – 15/12/2018


Ok done,” tulisnya.

Almy bagaimanapun hanya akan memuat naik foto penuh wajah anak perempuannya itu selepas selesai pantang selama 44 hari.

“Pic penuh sy akan diupload oleh mama @ papa lps 44hari pantang… jd uncle n aunty sabar dan jgn dok nak kecam2 bagai k… sabar,” tulis Almy lagi.

Untuk rekod, bekas peserta Dewi Remaja ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 lalu dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.

Foto: Instagram Almy Nadia

IKLAN