“Akan Menikmati Setiap Momen Bersama…,” – Dr. Amalina Selamat Bersalin, Arabella Mia Namanya

Share

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, United Kingdom.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada anda semua puteri cantik kami, Arabella Mia yang dilahirkan pada minggu lalu di St. Thomas’ Hospital,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Dr. Amalina turut berkongsi wajah puterinya itu selain turut mengumumkan dia dan suami telah bersepa untuk menamakannya, Arabella Mia.

Katanya lagi, kehadiran anak sulungnya ini bakal menambahkan lagi seri dan kegembiraan didalam keluarganya.

“Kami amat menyayanginya dan akan menikmati setiap momen-momen indah bersama penyeri hidup kami ini.

“Kami sangat teruja untuk melihat apa yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Alhamdulillah, sayang semua,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa turuja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dr. Amalina dan suami.

Sekadar informasi, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Amalina

IKLAN