“Akan Azan, Iqamat, Solat Zohor, Bagi Salam, Wirid,Tahlil Dan…,” – Jawab PU Abu Bila Ditanya Isu Bakal Azankan Bayinya Bila Lahir

Share

Baru-baru ini, ustaz selebriti, PU Abu ada menjawab beberapa pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.

Antara soalan yang diajukan adalah adakah dia akan mengazankan anak yang akan dilahirkan bekas isterinya, Ain Afini nanti.

Lalu, ini jawapan yang diberikan PU Abu;

“Of course saya yang akan azan, iqamat, solat zohor, bagi salam, wirid, tahlil dan semuanya insyaAllah,” jawabnya.

Dalam pada itu, PU Abu juga memberi tahu, bekas isterinya itu dijadualkan bakal bersalin pada 10 Julai ini.

InsyaAllah baby akan lahir 10 Julai nanti dan jemput semua datang ke hospital Shah Alam sebab cadangannya kita nak buat meriah bakar mercun. Sebab baby kan,” katanya lagi.

Seperti dijangka, jawapan PU Abu itu telah mendapat reaksi daripada netizen.

Terdahulu, mahkamah telah pun memetapkan PU Abu dan Ain telah sah bercerai talak dua pada 16 Mei yang lalu.

Sumber: Instagram PU Abu

IKLAN