“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.
“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.
“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksadipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.
Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan bakal suami.
Ads
“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.
“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.
“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.
“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.
Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Ads
Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa.
Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Ikuti penjelasan Mira mengenai perkara tersebut di sini;
Bintang Instagram, Beby Tora Tora ada memberi nasihat buat para isteri menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.
Menerusi entri tersebut, Baby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie ada menulis,sebagai seorang isteri, semestinya harus bersikap menghormati suami.
Malah, Beby juga turut menyarankan agar para isteri sentiasa menghargai pengorbanan ketua keluarga masing-masing di dalam rumah tangga.
“Kita sbagai isteri ni kena dngar la ckap suami kita ..even kita lagi bnyak duit dari suami ,jangn rasa diri kita tu dh bsar kepala sampi smua benda nak ikut ckp kita.
“Jangan hina suami kita wlaupun dia tak bergaji mcm kita .wlaupun gaji dia rendah dari kita ,kita tetap kena hormat dia.
“Dia kerja dngn keras wlaupun dia tau kita brduit ..dia bagi kita duit stiap bulan wlaupun dia tau gaji dia tak sberapa dia bagi kita mkan pakai wlaupun dia tau kita ada duit sndiri.
“Tetapi sbgai pompuan kita pun kena sediakan aset2 dn simpanan tertentu untuk diri kita tau ..jangn brgantung spenuhnya pada suami,” tulisnya.
Bintang media sosial ini juga mengakui dia sedari awal tidak kisah mengenai profesion suami, asal kerja yang dilakukan itu halal.
Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...