AJL33: “Sebenarnya Bukan Nak Tunjuk Bagus Atau Try Hard, Tapi…,” – Khai Bahar

Share

Penyanyi Khai Bahar menerusi Instagram ada menulis berkenaan persembahannya menerusi lagu Luluh di Anugerah Juara Lagu kd-33, tempoh hari.

Meski ada yang menyatakan persembahan bintang itu lebih baik daripada tahun sebelumnya, namun ada cakap-cakap yang membayangkan Khai seperti mahu tunjuk bagus.

“sbnarnya saya bukan nk tnjuk bagus atau try hard, tapi untuk memantapkan dlam nyanyian saya,insha Allah saya akan terus blajar dan blajar, tq cikgu @erniezakri bnyak membantu,” tulisnya menerusi sepotong video yang ‘direpost’.

Lalu perkongsian tersebut turut meninggalkan komen yang pelbagai daripada peminat. Rata-ratanya bersetuju dengan apa yang cuba yang mahu disampaikan Khai selain mendoakan agar kerjaya seninya terus sukses.

Foto: Instagram Khai Bahar

 

IKLAN