AJL33, Malam Ini Haram Yang Punya!

Share

Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Lagu yang dipersembahkan secara duet oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah itu membawa hadiah wang tunai RM50,000 selain trofi. 

Lagu Bunga pula meraih tempat kedua yang didendangkan Ara Johari, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Samsiri yang dinyanyikan Misha Omar. 

Penyanyi dari Kelantan itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000.

Persembahan Terbaik pula disandang Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu.

Sufian menerima RM12,000 dan seunit telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9. Persembahan terbaik turut mengambil undian penonton menerusi www.xtra.com.my/ajl33 sebanyak 50 peratus. 

AJL33 kali ini dihoskan Sherry Al Hadad dan Alif Satar serta turut diserikan dengan persembahan selingan dari Search, Ismail Izani, Nabila Razali dan ramai lagi. 

AJL31 terbitan TV3 juga boleh ditonton melalui portal Tonton atau menerusi YouTube TV3Malaysia.

Anugerah berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC – Sedap Hingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama. 

IKLAN