“Ajad Di Sini Sedang Bina Kejayaan Baru,” – Sajat Rindu, Video Lama Simbolik Ucapan Hari Jadi Bapa

Share

Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat bapanya.

Meski jauh di Australia, Sajat turut menyatakan rasa rindu buat bapa tersayang.

“Selamat hari jadi buat ayah ku di cintai. Jauh di sudut hatiku, walaupun Ajad jauh, kerinduan pada ayah amat Sajat sayangi. Selamat hari jadi ayah.

“Ajad di sini sedang bina kejayaan baru, insyaAllah, kita akan bersama kembali. Cuma masa yang menentukannya. Salam sayang perantau dari anakmu,” tulisnya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, ia merakamkan video lama yang memaparkan video sajat menyuapkan kek buat bapanya.

Turut berada di dalam video sama ialah adiknya, Nur Mustika.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN