Aisyah Aziz ‘Tukar‘ Stail Rambut, Peminat Kata Persis Lisa Blackpink!

Share

Penyanyi kelahiran Singapura, Aishah Aziz ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi perhatian peminat.

Menerusi foto tersebut, kelihatan penyanyi lagu Bila Entah itu dilihat menukar gaya rambut yang baharu.

Malah, penampilan penyanyi berusia 25 tahun itu kelihatan cantik dan sangat versatil.

“comfy dan fancy. buckle up in @rogervivier’s #VivSkate freshness #RogerviverSG,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat merasakan wajah Aisyah persis dengan wajah penyanyi kumpulan Kpop, Lisa Blackpink.

Sekadar informasi, Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz telah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994 dan adalah adik kepada penyanyi Aliff Aziz.

Foto: Instagram Aisyah Aziz

IKLAN