Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aisyah Aziz yang dilaporkan sudah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir B. Mohd Ismail.
Majlis pernikahan pasangan ini difahamkan berlangsung pada hari ini dalam suasana tertutup di Singapura, dihadiri hanya oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak.
Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.
Ads
Malah foto pasangan pengantin yang sedondon mengenakan persalinan serba putih turut mula tular di media sosial.
Sebelum ini, Aisyah yang juga adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz menerusi MH pernah memberi bayangan dia sedang mengenali seseorang istimewa, dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Ads
Walaupun memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal peribadi, Aisyah tetap memohon agar mendoakan yang baik-baik dan berserah kepada jodoh.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Foto: Mediacorp WARNA 942
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven hari ini membuat aduan rasmi terhadap panel hakim Mahkamah Agama Jakarta Selatan kepada Komisi Yudisial (KY) di Jakarta Pusat, berhubung dakwaan pelanggaran etika dalam kes penceraian dengan suaminya, pelakon Baim Wong.
Menurut Paula, keputusan mahkamah yang menyatakan beliau berlaku curang dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga adalah tidak berasas serta tidak disokong oleh bukti yang dikemukakan semasa prosiding.
“Saya hadir ke Komisi Yudisial untuk melaporkan dugaan pelanggaran kod etika dan pedoman perilaku hakim oleh panel hakim yang mengadili kes perceraian saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Paula, 37, mendakwa panel hakim telah tersilap dalam menilai fakta kes dan tidak mengambil kira bukti-bukti yang dibentangkan dalam mahkamah.
Sambil menahan sebak, beliau menegaskan tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinannya dengan Baim Wong, malah tiada satu pun bukti yang menunjukkan beliau menjalin hubungan dengan lelaki lain.
“Saya boleh mempertanggungjawabkan semua kata-kata dan perlakuan saya, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya.
Tambahnya, tindakan membuat aduan ini dilakukan demi membersihkan nama baik dan menjaga maruah diri, lebih-lebih lagi untuk masa depan anak-anaknya.
“Saya tidak mahu apabila anak-anak saya dewasa nanti, mereka membaca berita tidak benar mengenai ibunya. Saya berdiri hari ini sebagai seorang ibu yang mempertahankan hak dan martabat dirinya demi anak-anak,” ujarnya.
Imbas kembali, Keputusan perceraian Paula dan Baim telah diumumkan oleh Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada hari Rabu, 16 April 2025.
Dalam keputusan tersebut, Paula Verhoeven didapati telah berlaku curang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai NS. Ekoran itu, dia dianggap sebagai isteri yang nusyuz sekaligus tidak layak menerima sebarang nafkah selepas bercerai daripada Baim Wong.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Singapura, Shaun Chen, berdepan detik paling menyayat hati apabila bapanya yang berusia 84 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden langgar lari pada pagi 28 Mac lalu.
Shaun berkongsi berita duka itu menerusi satu video di Instagram, mendedahkan bahawa bapanya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pulang ke rumah di kampung halaman mereka di Negeri Sembilan.
Lebih memilukan, pemandu yang melanggar mangsa melarikan diri dari tempat kejadian tanpa memberikan sebarang bantuan.
Namun pada Ahad, 30 Mac, Shaun memaklumkan kepada media tempatan bahawa pemandu terbabit, seorang lelaki berusia 62 tahun, telah tampil menyerah diri dan membuat laporan polis pada hari kejadian.
“Kami masih belum tahu apa sebenarnya berlaku semasa kemalangan dan bagaimana dia akan didakwa. Kami akan dapat maklumat lanjut selepas pengebumian selesai,” jelas pelakon berusia 46 tahun itu.
Rakaman kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera papan pemuka milik seorang jiran kampung yang kebetulan memandu di belakang mendiang ayahnya. Jiran itu bersama beberapa penduduk kampung lain, bergegas memberikan bantuan.
Walaupun masih bernyawa ketika dibawa ke hospital, bapanya kemudian disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan serius yang dialami.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Shaun berharap agar pemandu berkenaan dapat memohon maaf kepada arwah bapanya, sekaligus menunjukkan rasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Upacara pembakaran mayat mendiang bapanya telah diadakan di Malaysia pada hari ini (1 April), disertai keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sedikit info tentang Shaun, dia dilahirkan dan dibesarkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada 2003 di Singapura dengan membintangi pelbagai drama dan filem, sehingga kini dia antara pelakon popular di negara terkaya Asia Tenggara itu.
Antara naskhah popular lakonannya seperti My Friends From Afar, Unriddle dan Emerald Hill – The Little Nyonya Story.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Minggu pertama program realiti, Big Stage Alpha menyaksikan enam peserta telah tersingkir sekali gus gagal mara ke pusingan ‘Big 12’ pada malam Ahad.
Berlangsung dari Royal Theatre Shah Alam, peserta yang gagal menambat hati para juri ialah Suff Ahmad, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridzwan Azman.
Pada minggu pertama ini, kesemua 18 peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan hanya 12 peserta yang berpeluang untuk membuat persembahan secara solo.
Peserta asal Johor, Daniel Sheer paling mencuri tumpuan apabila persembahan secara ‘mashup’ menerusi lagu ‘Beggin’ dan ‘Malam Pagi’ melayakkannya untuk menerima markah tertinggi sebanyak 82.25%.
Tempat kedua pula diraih peserta Brunei, Rizal Rashid yang memperoleh markah 71.40% sementara Araff dengan markah terkumpul sebanyak 71.25% dan berada di posisi ketiga.
Berikut senarai markah penuh para peserta Big Stage Alpha yang bakal meneruskan saingan di peringkat ‘Big 12’;
Walau undian penonton belum dibuka, juri tetap Big Stage Alpha, juri tetapnya, Datuk Syafinaz Selamat memaklumkan keputusan pada malam ini bukan sahaja dinilai daripada sudut persembahan tetapi juga komitmen yang ditunjukkan para peserta sejak mereka dikumpulkan tiga minggu lalu.
“Pada akhirnya, kita ingin menubuhkan sebuah kumpulan. Sebuah kumpulan itu perlu bersatu. Kita tak boleh pilih ikut suka sahaja.
“Kita juga melihat daripada aspek penampilan keseluruhan, kekuatan dan kebolehan seperti vokal dan tarian. Vokal yang baik sahaja tidak mencukupi. Mereka perlu ada skill-skill lain.
“Setiap ahli perlu menyumbang sesuatu kepada kumpulan. Mereka tak boleh diam dan menunggu arahan sahaja. Jadi, kerjasama merupakan aspek paling penting,” katanya kepada MH.
Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Edry KRU menasihatkan para peserta untuk bijak menentukan peranan masing-masing di dalam kumpulan supaya tidak terlihat caca merba.
“Setiap anggota perlu ada peranan masing-masing. Kita tidak perlukan enam penyanyi utama. Itu akan membuatkan pertembungan sesama sendiri.
“Kita kena tahu siapa yang hebat menyanyi, bercakap, boleh dibawa ke depan dan menarik minat penonton. Nak bina sebuah kumpulan yang dibarisi enam orang memang agak mencabar.
“Karakter ketika berkumpulan dan menyanyi solo juga berbeza. Mereka kena merancang sebaiknya. Perlu beri ruang untuk kelebihan masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Big Stage Alpha buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.
Selain Syafinaz dan Edry, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi, Hael Husaini sebagai juri tetap.
Manakala penyanyi Indonesia, Kris Dayanti menjadi juri jemputan untuk persembahan minggu pertama.
Dihoskan oleh penyanyi Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104), Astro Go dan Sooka pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.