Ikon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan berjaya dalam tuntutan undang-undang yang difailkan bagi mempertahankan nama dan wajahnya daripada dieksploitasi secara tidak sah.

Dalam keputusan pada Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Delhi menegaskan bahawa tiada pihak dibenarkan mempergunakan identiti beliau, khususnya melalui teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), deepfake atau suntingan wajah (face morphing).

Hakim Tejas Karia ketika membacakan keputusan berkata, penyalahgunaan imej atau nama Aishwarya tanpa kebenaran bukan sekadar isu kewangan, tetapi turut menjejaskan maruah serta kedudukannya sebagai figura awam.

Mahkamah turut menyatakan tindakan itu boleh mengelirukan masyarakat seolah-olah beliau merestui atau menjadi jurucakap kepada sesuatu produk atau perkhidmatan, sedangkan ia tidak benar.

Ads

Keputusan berkenaan turut menegaskan hak ‘personaliti’ yang dimiliki setiap individu, iaitu kawalan terhadap penggunaan nama, wajah dan identiti peribadi, lebih-lebih lagi bagi golongan selebriti.

Aishwarya Rai Menang Kes Mahkamah, Identiti Dilindungi Daripada Salah Guna AI
Sumber foto: IG Aishwarya Rai

BACA JUGA: Bukti Dirinya Masih ‘Berbisa’, Aishwarya Rai Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik IIFA Utsavam 2024

Susulan itu, mahkamah mengeluarkan arahan melarang mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat, daripada menggunakan nama Aishwarya, singkatan ‘ARB’, gambar mahupun sebarang imej digital untuk tujuan keuntungan.

Ads

Perintah tersebut juga meliputi bahan yang sudah beredar di internet, dengan Google LLC diarahkan memadam semua pautan (URL) yang disenaraikan dalam kes berkenaan dalam tempoh 72 jam.

Aishwarya membawa perkara itu ke mahkamah selepas muncul kandungan digital berunsur lucah yang dijana AI dan disebarkan secara meluas menggunakan identitinya.

Ads

Beliau menegaskan tindakan tersebut mencetuskan tekanan emosi, menjejaskan reputasi serta membuka ruang dirinya dikaitkan dengan isu yang langsung tiada hubungan dengannya.

Dalam perkembangan berkaitan, suaminya yang juga pelakon terkenal, Abhishek Bachchan sebelum ini turut memfailkan aduan dengan isu serupa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads