Aishah Azman Tak Tutup Pintu Hati, Suka Lelaki Berpendidikan Tinggi

Share

Pelakon Aishah Azman mengakui dirinya masih solo dan masih belum bertemu dengan jejaka yang menepati ciri-ciri lelaki idaman.

Menurut adik kepada pelakon Afiq Muiz itu, dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup disebabkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Saya tak fobia… masih membuka pintu hati cuma masih belum berjumpa calon yang sesuai kerana sekarang saya lebih berhati-hati.

“Saya pun pernah ada pengalaman dalam hal begini, jadi lebih mudah untuk saya tahu tentang seseorang itu.

“Paling penting, dia perlu menghormati orang tua, hormati keluarga saya dan diri saya sendiri.

“Selain itu, antara ciri-ciri yang saya suka adalah berpendidikan, kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah,” katanya kepada MH.

Aishah ditemui ketika majlis sidang media dan pelancaran supertelefilem Bangkitkan Aku Kembali yang diadakan di Laman NMR, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pelakon berusia 26 tahun itu turut mendedahkan ada beberapa lelaki cuba mendekati namun memilih untuk tidak melayan mereka setakat ini.

“Ada saja lelaki yang cuba mendekati ketika ini tapi saya memilih untuk tidak melayan, kalau boleh saya tak mahu orang yang berkecimpung dalam industri hiburan, saya mahu orang luar.

“Yang mendekati saya seperti yang saya cakapkan tadi itupun bukanlah daripada golongan selebriti, mereka orang biasa. Mungkin juga ada yang menepati kriteria yang saya cakapkan tadi,” katanya berseloroh.

Mengenai filem Bangkitkan Aku Kembali, Aishah akan melakonkan watak sebagai seorang cikgu.

Filem yang turut dibintangi Amy Nur Tinie, Jay Iswazir, Adam Corrie dan Mustaqim Bahadon itu akan menjalani penggambaran di sekitar Jitra dan Baling, Kedah bermula 13 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Aishah Azman

IKLAN