“Aisha Membesar Dengan Jayanya…,”- Bayi Sudah Berusia 2 Minggu, Fasha Sandha Kongsi Foto Terkini ‘Baby Girl’

Share

Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi foto terkini anak ketiganya bersama peminat di akaun Instagram.

Difahamkan, anak ketiganya yang diberi nama Aisha itu kini sudah berusia 2 minggu selepas dilahirkan pada 7 Ogos yang lalu.

“Assalamualaikum kesayangan ibu,

Hari ni Aisha 2 Minggu.

“Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu.

“Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha ,” tulisnya.

Terdahulu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN