“Air Mata Kesyukuran”, – Tok Ti, Erra Fazira & Fazura Antara Yang Menitiskan Air Mata, Rizman Nordin Terharu Dikurniakan Sahabat Ikhlas

Share

Berkongsi momen istimewa sempena hari akad beberapa hari lalu, entri terbaru pereka terkenal Rizman Nordin cukup menyentuh hati.

Dia berkongsi beberapa keping foto yang cukup indah memperlihatkan beberapa selebriti terkemuka yang sering memperaga busana rekaannya mengalirkan air mata tatkala ijab kabul berlangsung.

Antara yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan Fazura.

Air mata kesyukuran dari sahabat- sahabat saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana pinjamkan persahabatan yang ikhlas ini. Semoga Allah terus memelihara ukuwah kami sekeluarga. Amin ya rabbalalamin #rizmansuraya,

” tulisnya.

Pasangan ini diijabkabul pada 13 September lalu di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Rizman Nordin

IKLAN