Memutuskan memakai niqab Julai tahun lalu, Ainan Tasneem mengakui sukar mengelak daripada dikenali orang ramai.
Malah, tulisnya, perkongsian mengenai keluarga di ruang sosial menyebabkan suami dan anak, Salsabiela turut mendapat perhatian.
“Ainan pelik la, dah banyak kali dah kalau Ainan balik daripada jalan2 kat luar dgn family tak lama lepas tu mesti ada je beberapa orang yg DM n cakap dia nampak Ainan tapi segan nak tegur ?
“Haha ishh kenapa koranggg? Ainan ok jeee kalau korang tegur2, lagi rasa terharu ada la sebab ada jugak yg perasan Ainan eventho Ainan dah pakai purdah, tapi still orang boleh cam. N yg lagi terharu ada jugak yg kenal Ainan sebab nampak Salsabiela or Ariff.
Ads
“Ramai yg kenal family Ainan rupanya. Terharu sangat. Siap bagi doa yg baik2 kat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yg baik2 tersebut berbalik kepada kamu semua. ?Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana,” tulisnya meluahkan kesyukuran.
Pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ada berkongsi cerita bersama peminat.
Malah, Serina juga dilihat ada berkongsi rutin hariannya bersama suami di sepanjang bulan ramadan yang mulia ini.
Di samping memuat naik foto juadah berbuka, Serina meluahkan rasa syukur kerana berpeluang berbuka puasa bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid.
“Alhamdulillah today berbuka dengan suami kami makan Nasi Lemak dengan Lauk Sambal tumis Udang Harimau petai, dah lama tak makan petai pergi pasar dapat pulak fresh apa lagi sambar terus! Berbuka simple je, kuih sikit, kurma ajwa wajib dimulakan dulu.
“Air hari ni suami teringin nak minum Ribena Longan. Perghhh..sedap segar layanzz habis.
“U all berbuka puasa menu apa today? Share kan ya. Komen di bawah. Selamat mengerjakan ibadah terawikh semua,” tulisnya.
Jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang berbangga dapat menaja busana pengantin 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran pada di TV3, Sabtu lalu.
Seramai 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.
“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).
“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.
“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.
Dalam pada itu, bersempena koleksi istimewa itu, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!
Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, Alessia, Elaina dan Fionna, yang berminat layak menyertai pertandingan ini.
Percutian bulan madu selama 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik boleh menjadi milik bakal pengantin sekiranya menepati syarat pertandingan berkenaan yang boleh diikuti menerusi akaun media rasmi mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Thalia Rasul menyatakan rasa syukur selepas majlis pernikahannya bersama jejaka pilihan hati, Syahmi Zakaria pada 2 Febuari lalu telah berjalan dengan lancar.
Pasangan sama cantik sama padan yang mengenakan sepersalinan serba hitam diijabkabulkan sekitar pukul 12.20 tengah hari di Masjid Arau, Perlis.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Mentor 4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Terima kasih pada umi, mak dan family Thalia yang merestukan dan mendoakan dari jauh. Thanks Jaka Faiz Rasul Khan walikan kami ambil alih tugas arwah abah.
“Thanks buat keluarga Mertua, ibu, angah dan along yang datang meraikan hari penyatuan kami berdua. Terima kasih juga terima insan yang serba kurang ni.
“02/02/2022 pukul 12.20 tengah hari di Masjid Arau Perlis, kami selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Thanks Encik suami @syahmi_zakaria terima saya seadanya saya.
“InshaAllah moga ini yang terakhir untuk kita berdua dan semoga pengalaman lepas yang kita lalui menjadi panduan untuk kita bentuk keluarga sakinah mawaddah warahmah yang kita impikan,” tulisnya.
Pada masa sama, Thalia memaklumkan anak perempuannya, Keysha turut gembira dengan kehadiran bapa baharu dalam hidupnya.
“Ada yang tanya Keysha ok tak? Sebab dia rapat dengan abi dia(ex). Alhamdulillah shez ok. Cuma dengan walid dia ni dia diajar dalam ketegasan sebab walid dia ni dah di train jadi garang.
“Tapi diorang saling menyayangi sebab walid dia ni pon suka melawak mcm umi. Perlu Thalia ingatkan, mohon jangan bezakan mana-mana pihak yang terdahulu mahupun sekarang. Dua-duanya ada tempat istimewa di hati Keysha,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Thalia memberitahu, dia dan suami bakal mengadakan majli ringkas dalam waktu yang terdekat
“Jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat rakan dan kenalan yang tak putus raikan kami dengan ucapan-ucapan istimewa.
“InshaAllah majlis ringkas dalam waktu terdekat untuk berkongsi kegembiraan dengan sahabat rapat dan kenalan telah kami atur,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Thalia dan suaminya akan kekal bahagia sampai akhir hayat.
Sekadar informasi, sebelum ini, Thalia pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Thalia Rasul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.