Aina Shuada Terpilih Fasa Seterusnya Dewi Remaja 2019, Ini Foto Sama Kekasih, Pemain Bola Kebangsaan, Syazwan Andik

Share

Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.

Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.

Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.

Memiliki hampir 9,000 pengikut di Instagram, Aina kerap berswafoto dan menggayakan OOTD dengan caranya tersendiri.

Sentiasa memberi sokongan buat kekasih dan semangat cinta akan tanah air, Aina dilihat turut turun padang untuk memberi sokongan buat yang tersayang.

Foto : Instagram Aina Shuada/ Syazwan Andik

IKLAN