Bagi anda yang pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta dari Indonesia sudah pasti pernah mendengar bait-bait lirik lagu tema filem tersebut yang berjudul Denting.

Baru-baru ini, lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Melly Goeslaw itu kembali mendapat perhatian daripada peminat industri hiburan tanah air.

Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…” Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…”

Penyanyi, Aina Abdul misalnya tidak ketinggalan untuk mengambil peluang merakamkan muzik video lagu tersebut dan berkongsi bersama peminat menerusi akaun rasmi YouTube miliknya.

Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…” Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…”

Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu dia amat menyukai lagu berkenaan dan mengharapkan para peminat turut menyukai muzik video yang dihasilkan mengunakan telefon pintar sahaja.

IKLAN

“In love with the song! Had fun shooting with team using Iphone Hope semua suka dengan cover ini! Also, Aina ada buah tangan baru very soon! Stay tuned okay!,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi YouTube miliknya.

Nyata, usaha merakamkan muzik video tersebut membuahkan hasil setelah mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat.

IKLAN

Bukan itu sahaja, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Sumpah ini turut mendapat pujian peminat dari negara seberang itu.

“So awesome! The MV is perfect!,” puji seorang wargamaya.

“Sejujurnya saya tidak pernah dengar lagu ni tapi bila dengar Aina Abdul cover lagu ni terus jatuh cinta ngan lagu ni. Good job Aina Abdul dan team . #ainations,” tulis lagi seorang peminat.

IKLAN

“Saya Sudah sangat jatuh cinta sama suara Aina. Suaranyaaaaaa tak pernah ku temui kesalahan Selama aina bernyanyi. Salam Dari Indonesia,” luah seorang warganet dari Indonesia.

“Saya harap Teh Melly Goeslaw bisa memberi kesempatan kepada penyanyi Malaysia yang penuh talenta ini, Aina Abdul…salam dari penggemar Aina di Indonesia,” puji lagi seorang individu.

Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…” Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…” Aina Abdul ‘Cover’ Lagu Denting, MV Terima Reaksi Positif Peminat Indonesia – “Sudah Sangat Jatuh Cinta, Suaranya Tak Pernah Ku Temui Kesalahan…”

Foto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI