Aiman Tino Sah Bergelar Suami Syarah Haifa Dengan Sekali Lafaz

Share

Penyanyi Aiman Tino sah bergelar suami kepada suri hatinya, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur tepat jam 5.41 petang Khamis.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Mohd Azri Ahmad Kamil.

Dalam majlis itu, Aiman Tino atau Muhammad Aiman Yusri, 25, menyerahkan mas kahwin RM5,000 beserta seutas gelang emas.

Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran kakak Aiman iaitu penyanyi Fara Hazel.

Terdahulu, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan sebelum diijabkabulkan.

Aiman dan Syarah sudah berkawan hampir empat tahun dan mereka mengusahakan perniagaan jualan biskut bersama-sama.

Mereka mula rapat sejak lima bulan lalu dan dari situ Aiman nekad untuk membawa hubungan istimewa itu ke fasa seterusnya.

Aiman kemudiannya merisik Syarah pada Januari lalu.

Pasangan mempelai ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Shah Alam pada 6 Mei ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN