Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kembali mencuri perhatian wargamaya selepas memuat naik sepotong video mengenang arwah dua anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin yang terkorban dalam satu insiden kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak lebih tujuh tahun lalu.
Menurut Vida, apa yang berlaku menjadi ujian paling berat yang pernah dihadapinya.
“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya. Al-Fatihah (dibacakan) buat kedua putera saya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi lagu I Am Me itu menitipkan dedikasi serta doa buat kedua Allahyarham.
Menitip rasa rindu, tak kurang juga yang meminta Vida semoga terus kuat menghadapi cabaran.
“Alfatihah ya Allah rindu diaorang berdua nih. anak-anak syurga mamanya, teringat gurau dgn diaorang,” tulis seorang kenalan Vida.
“Semoga terus tabah DS Vida. Saya tahu di sebalik ketawa riang Dato Sri, dibaluti kepedihan tidak terperi. Mereka semua sudah di Syurga menunggu mamanya nanti mereka juga yang akan menarik Dato Sri ke Syurga bersama mereka, hugs. I feel you, Al fatihah buat kedua anak syurga,” komen pelakon Zarina Zainuddin.
“YA ALLAH… besar dugaan Dato. Masa berita ni keluar… hati saya pon bagai dihiris-hiris walau saya tak pernah kenal anak-anak ni. Semoga ALLAH akan mempertemukan Dato dengan anakanda Dato di jannah…amin,” respons seorang peminat.
“Anak syurga Dato. Akan tuggu DSV kat syurga. Itu pasti, cara Allah nak bagi kita syurga, ujian dia memang berat tapi kebahagiaan kita kekal di syurga,” tulis peminat lainnya.
Terdahulu, memetik laporan media, ketika kejadian pada 3 Ogos 2013 itu, dua anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman dan seorang lagi meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru.
Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi manakala mayat Mohd Nor Syamil, 26, ditemui di tingkat atas selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam Sabtu.
Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Dr Hasmiza.
Mohd Nor Syamil dipercayai kakitangan Dr Hasmiza.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan sedang duduk di atas lantai dan yang lain ditemui terbaring di atas lantai.
Samasuvam menambah, dua lelaki berjaya melarikan diri daripada kebakaran dengan melompat keluar dari tingkat atas. Salah seorang daripada mereka dipercayai patah kaki.
Jenazah kedua-dua kanak-kanak lelaki itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering kali dikaitkan dengan imej berani, namun kali ini penampilan sopan Emma Maembong ketika menghadiri majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Sweet Qismina dan Adam Lee mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memperagakan busana kurung moden berona hitam yang disulami dengan songket berwarna kelabu.
Busana yang direka Zamri Mat itu mendapat pujian ramai pengikut Emma termasuk rakan artis seperti Lufya, Natasha Elyzza dan Nelissa Nizam.
“Baju sopan dan cantik, make up curlass! Nampak lain sangat-sangat.
“Love your outfit! So pretty!” tulis sebahagian netizen.
Selain Emma, adiknya, Chacha Maembong yang berpakaian songket rona coklat keemasan turut dipuji ramai.
Majlis resepsi Sweet dan Adam yang bertemakan songket turut meriah diraikan dengan rakan artis yang lain seperti Elfira Loy, Azira Shafinaz, Jasmine Suraya dan Hun Haqeem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Zahiril Adzim tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi yang kini berusia sembilan tahun mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril,38, berkata, dia dan isterinya, pelakon dan hos Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.
“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Bagaiamnapun, Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menambah setakat ini, dia tidak nampak anak lelakinya itu cenderung ke arah bidang seni.
“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.
“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya.
Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan.
“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril akui, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Watak sebagai pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.
“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.
Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.
“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.
“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.
“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.
Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.
“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.
“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.
“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan.
“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang.
“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.