
Ada rahsia yang tak sepatutnya disentuh. Ada identiti yang tak sepatutnya dipinjam. Namun dalam Astro Originals Bad Cop, garis antara benar dan palsu itu kabur, dan Aiman Hakim berdiri di tengah kekeliruan itu sebagai nadi utama sebuah kisah penuh pertaruhan.
Digandingkan bersama Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong, Bad Cop tampil sebagai drama siri jenayah berintensiti tinggi yang bukan sekadar memburu pesalah, tetapi mengorek sisi gelap manusia.
Telah menemui penonton bermula 19 Disember lalu, drama ini boleh distrim lebih awal menerusi OnDemand dan sooka seawal jam 12 tengah malam, dengan episod baharu setiap Jumaat. Di kaca televisyen pula, Bad Cop bersiaran di Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat jam 9 malam dan Astro Ria (Saluran 104) setiap Sabtu jam 10.30 malam.
Adaptasi Antarabangsa Dengan Nafas Lokal
Diadaptasi daripada siri Jerman, Bad Cop diberi nafas lokal yang lebih dekat dengan denyut nadi masyarakat Malaysia. Setiap episod membuka satu kes baharu, namun di sebalik siren dan lencana, drama ini berani menyelongkar isu berat seperti penipuan identiti, peminggiran luar bandar serta keganasan rumah tangga.
Teras penceritaan berlegar pada Emir Khalid, seorang penjenayah kecil yang hidupnya berubah sekelip mata apabila dia mengambil alih identiti abang kembarnya, seorang inspektor polis, selepas terjerumus dalam satu tragedi hitam.


Dari saat itu, Emir bukan sekadar menyamar. Sebaliknya, dia hidup dalam dusta, berpura-pura menegakkan undang-undang sambil bergelut dengan bayang-bayang dirinya sendiri.
Dan di situlah penonton turut diuji, berjalan seiring dengan watak ini merentas lorong kelam antara kebenaran dan kepalsuan. Setiap keputusan, setiap helaan nafas, mengundang persoalan yang tidak pernah mudah dijawab.
Siapa Yang Betul? Siapa Yang Salah?
Apabila seseorang terlalu lama hidup dalam dusta, memikul identiti yang bukan miliknya, adakah dia masih sekadar berpura-pura demi kelangsungan hidup? Atau tanpa disedari, dia telah berubah perlahan-lahan, secara senyap menjadi insan yang disamarinya, sehingga wajah asalnya sendiri semakin kabur dan tidak lagi dikenali.
Bad Cop bukan sekadar menyajikan kisah jenayah dan aksi, tetapi turut mengheret kita sebagai penonton ke persoalan paling sunyi, siapakah kita apabila kebenaran sudah tidak lagi mampu membezakan antara yang asli dan yang palsu?

Dengan visual yang hebat dan menarik, konflik dalaman yang tajam dan lakonan yang menuntut emosi, Bad Cop bukan sekadar drama jenayah, tetapi cerminan tentang pilihan, penyesalan dan harga yang perlu dibayar apabila seseorang cuba menjadi orang lain.
Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




