Uncategorized

‘Aik Doa Pun Kipas?’ -Jep Sepahtu Pelik Dikata Cuba ‘Kipas’ Bila Komen Di IG Tun M

Share

Sejak tampuk pemerintahan bertukar tangan ini, MH akui ramai selebriti menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Fathia Latiff, Sheila Majid, Ben Ali dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, pelakon dan pelawak Jep Sepahtu yang dilihat turut memberikan komen di Instagram milik Mahathir semalam.

“Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat Tun,” tulis Jep.

Bagaimanapun, Jep kemudiannya dilihat membalas satu komen yang menuduh dirinya sedang ‘mengipas’ kepimpinan baru tersebut.

“Aik, doa pun kipas? Saya tak ada menjalankan apa-apa perniagaan untuk sebarang kepentingan. Sekadar mendoakan untuk orang yang banyak jasanya. Selamat berpuasa bang,” tulisnya.

Berikutan itu, ramai netizen lain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap komen individu tersebut. Malah ada juga yang memberikan cadangan supaya adakan satu perbincangan mengenai perbezaan doa dan kipas.

Mungkin tidak tahan dikecam, komen tersebut kemudiannya dipadam oleh indivdu itu.

Pada MH, sikap tidak mudah melatah yang ditunjukkan Jep itu wajar dipuji, biasalah netizen ini ada sahaja yang tak kena.

Apa-apapun, MH harap kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu-padu. Budaya kecam-mengecam dan ‘membawang’ ini haruslah dihentikan. ‘Spread love, not hate’.

Sumber: Instagram ChedetOfficial

IKLAN