“Agak Menyumpah Lah Awat Penat Nak Mampoih Main Beskal Ni,” – Sharnaaz Ahmad Pecah Tabung Demi Hobi Baru

Share

Tergerak hati memiliki basikal sendiri tatkala melihat rakan sekeliling aktif berbasikal, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat mulai fokus dengan hobi barunya.

Namun awalnya, bapa kepada seorang cahaya mata ini terkedu melihat harga sebuah basikal yang dikatakan lebih mahal daripada motosikal popular masa kini, Ysuku.

Pada masa sama, katanya ketika pertama kali kayuhan, dia tidak menyangka aktiviti ini memerlukan tenaga dan stamina kuat.

Bila semua org naik beskal, aku pun tergerak hati nak beli ka setan ni? Mahai ooo lagi mahai berkali ganda dari ysuku atau ysetengah modipai 3 kali pun tak sama harga, selepas setahun aku research puas puas, aku pun kumpoi tabung babi aku di sembelih keluarlah anak syaiton bernama Ridley Noah SL dari @t.w.o.premiumbikestore.

“Lepas tu aku pun kayuh lah dgn geng geng artisan, agak meyumpah lah awat penat nak mampoih main beskal ni, aku main moto sepang pun tak penat macam ni, tetapi!!!!”

jelasnya.

Namun, selepas beberapa kali, dia kini memahami kenderaan ini cukup menggamit memori. Segala zaman kanak-kanak terimbau kembali sewaktu mengayuh.

“Setelah beberapa kali ride, baru aku faham.. kenderaan pertama setiap lelaki atau wanita adalah basikal kita belajar dulu.. betui kata syuk @shukriyahaya .. bila hang ride menatang ni, semua memori hang atas basikal masa kanak kanak macam flash dalam otak hang,” tulisnya lagi.

Malah, aktiviti ini dapat membuatkan minda lebih tenang dan badan lebih sihat.

Ride buat kita tenang dan lebih fit.. bukan isap fit tau.. jadi jgn dok gatai isap dadah pulak celaka oi.. jadi apa pun selamat berkerja kepada semua bapak bapak macam aku.. hehee.. ok tata.. #Ridley#anakantooselamanya,”

ulasnya panjang lebar.

Lebih indah sekiranya dapat mengayuh sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Jangan juga lupa aspek keselamatan harus diutamakan.

Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

IKLAN