Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Syed Hariz.

Afifah berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, yang turut memaparkan foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Malah klip video momen dirinya yang erat memeluk suami sambil memegang gambar imbasan tersebut, sekaligus menyentuh hati.

“Keajaiban Kecil Kita, Terhasil Daripada Cinta”

Dalam ruang kapsyen, Afifah turut meluahkan rasa syukur dan gembira akhirnya dapat berkongsi detik istimewa ini bersama semua.

Ads

“Setahun yang lalu, hanya kita berdua menulis kisah cinta ini, satu halaman demi satu halaman. Kini, sebuah bab baharu bermula, dengan satu degupan jantung kecil yang sedang membesar dalam diri saya.

“Keajaiban kecil kita, yang terhasil daripada cinta. Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami berdua, saya gembira akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan anda semua!,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Afifah Nasir Umum Hamil – “Saya Gembira Akhirnya Dapat Kongsi Berita Ini Dengan Semua.” Afifah Nasir Umum Hamil – “Saya Gembira Akhirnya Dapat Kongsi Berita Ini Dengan Semua.” Afifah Nasir Umum Hamil – “Saya Gembira Akhirnya Dapat Kongsi Berita Ini Dengan Semua.”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Doa & Ucapan Tahniah Mengiringi

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah ditonton lebih 200,000 kali sekaligus disusuli dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa daripada para peminat dan rakan selebriti.

Ads

Rata-ratahya mendoakan kesihatan Afifah dan bayi dalam kandungan hingga tiba saat kelahiran.

Sebagai informasi, pasangan inu bertemu jodoh pada pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads